Monday 3 October 2011

EduwebTV


Eduwebtv telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu wadah pendidikan digital untuk Semua. Eduwebtv juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.


Eduwebtv merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Berlandaskan kepada Pendidikan Digital untuk semua, eduwebtv merupakan portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai 7 saluran yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza iaitu:
  1. saluran Berita
  2. Akademik
  3. Rencana
  4. Wawancara
  5. Kurikulum
  6. Interaktif
  7. Siaran Langsung

No comments:

Post a Comment