Wednesday 5 October 2011

Pembestarian Sekolah

Definisi Sekolah Bestari

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi penbelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi amalan Pengajaran & Pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat

Pembestarian Sekolah


Pembestarian ialah proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.

Objektif Pembestarian
  1. Membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi.
  2. Mengimbangkan jurang digital di antara bandar, luar bandar dan pedalaman.
  3. Membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif.
  4. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT.
Sekolah Bestari Membina Kemahiran Abad Ke-21:
  1. Teknologi dan literasi media
  2. Komunikasi berkesan
  3. Kemahiran berfikir
  4. Menyelesai masalah
  5. Kolaborasi
Ciri-ciri Sekolah Bestari:


  1. P&P menarik, berkesan dan berpusatkan murid
  2. Wujud amalan pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, kadar kendiri
  3. Wujud budaya penggunaan ICT dalam urus tadbir sekolah dan P&P
  4. Wujud perkongsian pintar dengan pelbagai pihak

No comments:

Post a Comment